http://inidiaribellaahmad.blogspot.my/search/label/life%26story

Sunday, October 25, 2015

Kisah hutang yang teraniaya

KISAH BENAR!! SELESAIKAN MASALAH HUTANG RM80,000 DENGAN AMALKAN 8 TIPS SAHAJA
Oleh tauffiqul hakim
Wednesday, 11 February 2015

Assalamualaikum, artikal ini sekadar renungan untuk kita berjaya dalam kehidupan. Setahu saya ramai yang berhutang sudah semestinya kita wajib berhutang. Hanya segelintir rakyat Malaysia yang tak berhutang. Ini kisah benar hidupku...

Dua tahun lalu, aku pernah dianiayai oleh manusia yang telah membuatkan aku rugi beribu-ribu ringgit.

Kesannya? Aku terlibat dengan hutang bank dan jumlah kerugian melebihi RM80,000. Puas otak fikir macam mana nak selesaikan tanggungan hutang. Tapi Allah maha kaya. Dia beri jalan peluang untuk aku selesaikan masalah ni. So, aku just nak share beberapa petua yang aku rasa relevan untuk diamalkan.

#. Di hari aku berhenti kerja tu, aku balik kampung. Niat satu je. Nak jumpa mak yang tercinta. On the way balik, aku singgah Tesco beli susu yang dalam kotak tu (korang bayangkanlah, aku balik dengan bawa hutang, duit dalam bank kosong, hutang 2 bank tertunggak 3 bulan). Aku ingat nak duduk kampung 2 minggu nak tenangkan fikiran (padahal bank tiap2 hari call sebab tak bayar). Sampai kat rumah, aku terus peluk mak aku. Aku bagi dia minum susu yang aku beli tadi. Masa dia tengah minum, aku berdoa;

"Ya Allah, kalau niat aku nak beri mak aku minum susu ni ikhlas, bantulah aku untuk selesaikan hutang2 bank dan permudahkanlah aku untuk cari pekerjaan"

(Aku apply benda ni daripada kisah 3 org pemuda yang terperangkap dalam gua).

Allah tu Maha Berkuasa. Petang tu juga aku dapat offer mengajar tuisyen.

#. Aku mula buat solat sunat dhuha. Alhamdulillah, perkara yang sama berlaku. Pagi aku buat dhuha, petang mesti aku dapat call untuk mengajar tuisyen.

#. Aku berdoa pada waktu-waktu yang mustajab. Kalau waktu hujan, aku cepat-cepat berdoa. Sambil drive, aku tadah tangan berdoa. Pedulilah orang kanan kiri yang pandang aku. Aku buat bodoh je. Aku doa sungguh-sungguh. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku.

#. Aku ni banyak anak buah. Semua masih kecil² lagi. Budak² kecil ni memang tak ada dosa. Jadi, doa diorang ni tak ada hijab dengan Allah. So, aku minta diorang doakan supaya hutang² aku langsai.

#. Bersedekahlah walaupun seringgit. Dulu waktu korang senang, mungkin sedekah tu RM 1.00 je. Time susah ni, cuba sedekah RM 10. InsyAllah kalau niat kita ikhlas, memang Allah akan ganti balik.

#. Berdoalah sungguh-sungguh! Ikhlaskanlah hati waktu nak berdoa. Menangis jika mampu. Minta sungguh-sungguh pertolongan daripada Allah. Semua masalah datang daripada Allah, so Allah je yang ada jalan penyelesaian. Sebab tu dalam Quran tertulis yang bila kita ditimpa musibah, Allah suruh kita solat dan sabar. So, memang itu yang sepatutnya kita kena buat.

#. Beristighfar! Cuba korang bayangkan, setiap kali aku terbayang muka si penipu tu, aku rasa tak tenteram. Aku rasa macam nak sihir je diorang satu keluarga (aku tahu kat mana diorang tinggal dan ada gambar diorang anak beranak, tapi diorang tak tahu kat mana aku tinggal).

Darah aku rasa naik, tubuh aku menggeletar. Tapi aku cuba istighfar. Aku istighfar di mulut dan hati. Aku sebut sebanyak²nya sampai aku letih. Kesan istighfar ni dahsyat! Akan datang rezeki yang tidak disangka-sangka!

#. Utamakan keluarga dalam bersedekah! Sesetengah orang, nak belanja kawan² no hal. Nak belanja keluarga (mak ayah, adik beradik, anak isteri) punyalah berkira! Sedangkan nabi kata sedekah paling utama tu ialah pada keluarga sendiri. So, aku buat benda yang sama juga.

Alhamdulillah, ni antara yang aku buat masa dilanda hutang² (musibah). Awal tahun 2014, hutang aku kat bank yang pertama dah selesai. Pertengahan tahun 2014 pula, hutang kedua selesai.

Alhamdulillah! Aku harap perkongsian ni bermakna buat korang. Pesan aku, masa dilanda musibah, kalau minta tolong manusia, memang tak semua akan tolong. Mungkin diorang pula lari daripada korang. Tapi, kalau minta kat Allah, InsyaAllah, Allah tolong!

KONGSILAH KEPADA RAKAN_RAKAN ANDA UNTUK SELESAIKAN HUTANG

Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Bellaannrose Designed by azhafizah.com