http://inidiaribellaahmad.blogspot.my/search/label/life%26story

Sunday, October 25, 2015

Kisah hutang yang teraniaya

KISAH BENAR!! SELESAIKAN MASALAH HUTANG RM80,000 DENGAN AMALKAN 8 TIPS SAHAJA
Oleh tauffiqul hakim
Wednesday, 11 February 2015

Assalamualaikum, artikal ini sekadar renungan untuk kita berjaya dalam kehidupan. Setahu saya ramai yang berhutang sudah semestinya kita wajib berhutang. Hanya segelintir rakyat Malaysia yang tak berhutang. Ini kisah benar hidupku...

Dua tahun lalu, aku pernah dianiayai oleh manusia yang telah membuatkan aku rugi beribu-ribu ringgit.

Kesannya? Aku terlibat dengan hutang bank dan jumlah kerugian melebihi RM80,000. Puas otak fikir macam mana nak selesaikan tanggungan hutang. Tapi Allah maha kaya. Dia beri jalan peluang untuk aku selesaikan masalah ni. So, aku just nak share beberapa petua yang aku rasa relevan untuk diamalkan.

#. Di hari aku berhenti kerja tu, aku balik kampung. Niat satu je. Nak jumpa mak yang tercinta. On the way balik, aku singgah Tesco beli susu yang dalam kotak tu (korang bayangkanlah, aku balik dengan bawa hutang, duit dalam bank kosong, hutang 2 bank tertunggak 3 bulan). Aku ingat nak duduk kampung 2 minggu nak tenangkan fikiran (padahal bank tiap2 hari call sebab tak bayar). Sampai kat rumah, aku terus peluk mak aku. Aku bagi dia minum susu yang aku beli tadi. Masa dia tengah minum, aku berdoa;

"Ya Allah, kalau niat aku nak beri mak aku minum susu ni ikhlas, bantulah aku untuk selesaikan hutang2 bank dan permudahkanlah aku untuk cari pekerjaan"

(Aku apply benda ni daripada kisah 3 org pemuda yang terperangkap dalam gua).

Allah tu Maha Berkuasa. Petang tu juga aku dapat offer mengajar tuisyen.

#. Aku mula buat solat sunat dhuha. Alhamdulillah, perkara yang sama berlaku. Pagi aku buat dhuha, petang mesti aku dapat call untuk mengajar tuisyen.

#. Aku berdoa pada waktu-waktu yang mustajab. Kalau waktu hujan, aku cepat-cepat berdoa. Sambil drive, aku tadah tangan berdoa. Pedulilah orang kanan kiri yang pandang aku. Aku buat bodoh je. Aku doa sungguh-sungguh. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa aku.

#. Aku ni banyak anak buah. Semua masih kecil² lagi. Budak² kecil ni memang tak ada dosa. Jadi, doa diorang ni tak ada hijab dengan Allah. So, aku minta diorang doakan supaya hutang² aku langsai.

#. Bersedekahlah walaupun seringgit. Dulu waktu korang senang, mungkin sedekah tu RM 1.00 je. Time susah ni, cuba sedekah RM 10. InsyAllah kalau niat kita ikhlas, memang Allah akan ganti balik.

#. Berdoalah sungguh-sungguh! Ikhlaskanlah hati waktu nak berdoa. Menangis jika mampu. Minta sungguh-sungguh pertolongan daripada Allah. Semua masalah datang daripada Allah, so Allah je yang ada jalan penyelesaian. Sebab tu dalam Quran tertulis yang bila kita ditimpa musibah, Allah suruh kita solat dan sabar. So, memang itu yang sepatutnya kita kena buat.

#. Beristighfar! Cuba korang bayangkan, setiap kali aku terbayang muka si penipu tu, aku rasa tak tenteram. Aku rasa macam nak sihir je diorang satu keluarga (aku tahu kat mana diorang tinggal dan ada gambar diorang anak beranak, tapi diorang tak tahu kat mana aku tinggal).

Darah aku rasa naik, tubuh aku menggeletar. Tapi aku cuba istighfar. Aku istighfar di mulut dan hati. Aku sebut sebanyak²nya sampai aku letih. Kesan istighfar ni dahsyat! Akan datang rezeki yang tidak disangka-sangka!

#. Utamakan keluarga dalam bersedekah! Sesetengah orang, nak belanja kawan² no hal. Nak belanja keluarga (mak ayah, adik beradik, anak isteri) punyalah berkira! Sedangkan nabi kata sedekah paling utama tu ialah pada keluarga sendiri. So, aku buat benda yang sama juga.

Alhamdulillah, ni antara yang aku buat masa dilanda hutang² (musibah). Awal tahun 2014, hutang aku kat bank yang pertama dah selesai. Pertengahan tahun 2014 pula, hutang kedua selesai.

Alhamdulillah! Aku harap perkongsian ni bermakna buat korang. Pesan aku, masa dilanda musibah, kalau minta tolong manusia, memang tak semua akan tolong. Mungkin diorang pula lari daripada korang. Tapi, kalau minta kat Allah, InsyaAllah, Allah tolong!

KONGSILAH KEPADA RAKAN_RAKAN ANDA UNTUK SELESAIKAN HUTANG

Read More

Thursday, February 19, 2015

Public transport by IKEA



Ruang menunggu shuttle bus di ikea



Last 2 weeks... aku jenuh google mcm mana nak pergi ke IKEA by public transport....ada baca a few blog yg menulis pasal ni.Tapi mostly entry lama dan ada yg explain kurang jelas..sampaila aku try search jgk dkt blog www.hazanis.blogspot.com *korang bole klik dkt situ,ada entry si hazanis ni p ke ikea dan sikit explaination bg yg nk p by public transport dengan bus.

Kali ni entry aku explain cara korang nak balik menggunakan bus perkhidmatan percuma!!! Korang tak payah bayar tambang....jimat..eh ada ke bus free??? Ada memang ada aku pun rakyat selangor pun baru tahu..ye mmg ramai yg tak tahu ada bus ni..berikut adalah pic jadual perjalanan bus pls take note ok!


Lokasi terletak di sebelah ikea iaitu IPC shopping centre
Korang nampak tak notice board tu ada tulis jadual shuttle datang pick up pengunjung...iaitu jadual dari IPC shopping centre ke kelana Jaya station LRT. Korang baca jadual masa ni,so nanti korang boleh budget perjalanan korang.macam aku haritu sampai pukul 4.30 ptg...tgk notis board lmbt lagi..pukul 6 ptg shuttle tiba aku apa lagi p jalan2 masuk balik ke ikea sementara tunggu pukul 6 petang.




Hah tu la bus IPC provide....nmpk x ada tulisan dkt situ
Korang diingatkan 15 minit b4 korang nk balik better tunggu awal2 dkt shuttle bus station ni sbb last2 minute je sedar2 ramai org beratur panjang nk naik bus..sape cpt dia dapat.Perkhidmatan bus pula amatlaa selesa! Puas hati beb...*naik bus ni ada peraturan tau...hanya 40 org terawal je leh naik..incase kalu extra nmpknya kene tunggu next trip la nmpknya...hmmm


Read More

Saturday, January 31, 2015

Yuna - Lautan





Cinta ini tanda hati
Aku kau yang punya
Siapa sangka kita berdua
Bersama akhirnya
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

Tiada cela engkau sempurna
Yang teristimewa
Seandainya tiada istana
Ku mencintaimu seadanya
Yeah..
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada
Oh siapa sangka
Cinta yang kita bina
Akhirnya bersemi jua
Oh biarkan
Kerna kini kau ku ada
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan ribut dan hujan
Datang menduga aku engkau ada
Oh biarkan seluas lautan
Ku renangi jika aku kau perlukan
Oh biarkan kerna aku kau ada

p/s: aku tak tau kenapa baru2 ni asyik lagu ni je singgah sampai tergiang2 kat telinga!!! oh yuna.... best        laa lirik ni!!! download mp3 song ke mobile dgn mudah hanya di lagumy.com
Read More

Tuesday, January 27, 2015

10 laman instagram online fesyen paling top di Malaysia……..




10 laman instagram online fesyen paling top di Malaysia……..


Assalamualaikum kepada semua penggemar fashion muslimah yang suka membeli secara online terutamanya  pengguna tegar laman Instagram..berikut ialah senarai top 10 shopping online paling laris di alaf 21 ini….jom ushar….


  • Calaqisya
  • Bellaammara
  • Radiusite/Dreemika
  • Tudung people
  • Fashion valet
  • Edast boutique
  • Zawara
  • Neelofarhijab
  • Sincerelybyusnow
  • Sugarscarf
  • Ash&&Annas
  • Adijuma concept store
  • rinasallehclothing




korang bole klik terus link pautan di setiap link Instagram yang aku dah letak…ia senang memudahkan korang membuat pilihan….apa tunggu lagi jom membeli-belah.
Read More

Monday, January 26, 2015

8 LAMAN WEB SESAWANG UNTUK JOBSEEKER

8 web carian jobseeker....untuk para Freshgraduate...


                                                         Assalamualaikum.....

Hati ini genap 3 bulan aku mengganggur....bunyi macam macam bangga pula....( padahal dalam hati nak menangis pun ada ) untuk adik - adik yang baru grad atau bakal grad...aku mengucapkan tahniah dan selamat mencari pekerjaan di dunia serba mencabar ini... bukan nak takutkan tapi ini realiti ya...
diharap entry ini dapat membantu anda mencari pekerjaan hanya di hujung jari...klik2!


1.JOBSTREET.COM
  http://www.jobstreet.com.my/
untuk web jobsteet ni telah menjadi pilihan nombor satu pengguna malaysia mencari       pekerjaan.antara web boleh dipercayai dan sebahagian nama2 big company banyak dalam ni.Melalui jobstreet inila aku dapat pekerjaan pertama aku.
  

2.MAUKERJA.MY
  http://www.maukerja.my/login/  
ini adalah website baru untuk carian kerja untuk tahun ini... dan servisnya tip top juga dan mudah...cuma dari segi update job masih kurang..mungkin sbb baru kot..


3.JENJOBS.COM
  http://www.jenjobs.com/register/jobseeker/
ini macam adik- beradik jobcentral...walaubagaimanapun...korang bole try search job kat sini...sbb dulu aku pernah apply job kat sini...hasilnya seminggu after grad aku dapat interview untuk kerja textile designer di Damansara.. bole cuba nasib disini..



4.MY MONSTER.COM.MY
 http://my.monster.com.my/create_account.html?  spl=MYG_Keyword&WT.srch=1&WT.mc_n=olm_sk_Google_Search_paid&cid=olm_sk_Goo  gle_Search_paid
my monster pula banyak job company luar....mostly job yang itawarkan banyak kepada kos IT dan juga enggenering...aku penah apply job kat monster ni...last2 selepas setahun update aku dapat job company singapore...untuk IT..based di Malaysia... ( padahal tak ada kene mengena dgn kos aku)
HR dari india call aku...speaking2...explain pasal job...aku nak tergelak...loghat english pior bangat..sampai aku susah nak paham....


5. SPA
    http://www.spa.gov.my/Portal/Pemohon_Pekerjaan
ini adik SPA ni da beratus kali aku duk update dan mengharap....dari selepas SPM aku isi tak pernah dapat!! web ini sering mengundang kekecewaan aku nak dapat kerja goverment...depa tak pernah panggil aku walaupun banyak kali upfate smpaila aku ni umur 25 tahun ni.... sedih wooo korang cubala... mana tau dapat kerja kerajaan...



6.MUDAH.COM 
   http://www.mudah.my/
web ni aku jumpa setelah...aku menjadi penganggur pada tahun lepas di bulan julai 2014...kerja aku duk cari job yang tak perlu susah upload resume...korang nak kerja korang call or anta resume kat email diorang..btw...hati2 dalam memilih job di sini sbb bkn semua geniune...ok...kat sini aku dapat invitation...jugak...mostly company yg xmau bayar web..diorg akan iklankan kat sini...sbb sini free je..



7.MAJALAH.COM
  http://www.majalah.com/
sama macam kat mudah.com jugak.... tapi dia banyak sgt topik...function utk kedua2 website ni sama je....banyak campur topik2..ia telah menjadi pilihan aku jugak...selepas nama aku kene banned dari jobstreet.com pasai byk kali tak datang interview tanpa inform...ok jgn main2 ye korang..



8.FACEBOOK
   https://www.facebook.com/
pilihan terakhir aku untuk cari job kosong...kadang2 sampai ke instagram aku cari job di butik2 online.


sekian terima kasih....harap membantu....anda..
p/s...korang boleh terus saja klik di link yang aku dah sediakan ye.....untuk terus apply job..
        selamat mencuba.



Read More

Thursday, January 8, 2015

tutorial pouch sendiri


Tutorial cara nak buat ~pouch~


Assalamualaikum all my dear reader rose, saya nak tulis entry pasal cara- cara nak buat pouch sendiri okey. Di rumah bella memang ada satu mesin portable hadiah dari ibu…mesin portable dari singer iaitu jenis heavy duty ( next entry bella akan terangkan ciri2 mesin ini, so next time korang juga bole beli ye)

1.ini felt nipis dan zip sorok saiz 6 inchi


bella guna felt yang tak terpakai kat rumah...felt ni nipis je...so korang potong saiz A4...ikotla nak besar mana pun...tapi bella selesa dgn saiz A4.. untuk ZIP pula amik mak punya lebih barang2 jahit dan rembat saja guna hik2 or korang bole beli di kedai DIY or jahitan hanya rm 60 sen sahaja.

2.kain2 perca


kebetulan di rumah ada kain perca yang tidak digunakan lagi...so dari terus buang ke tong sampah better korang amik dan cantumkan...korang cuba suai padankan dan cantumkan kain2 perca tersebut ikut saiz A4 felt tadi tu...kain paling sesuai guna ialah cotton tau...

susun macam ni tau


next step korang susun yang macam kat dalam gambar ni....susun dan potong ikut kreativiti korang ya.



okey boleh start jahit lurus

korang jahit satu persatu...dan lipat tindih ye bila nak jahit ke kain seterusnya.....................jadi ulang langkah yang sama sehingga jahitan penuh satu saiz A4 tadi.
hasilnya.....

tadaaa...dah siap pun jahit satu2 tadi.....lepas siap korang jahit tepi....untuk kemasan di setiap keliling saiz felt A4 tadi...okay....barula kemas nanti bahagian dalam....

okay korang jahit renda pula...kat atas pouch ni....


jahit zip sorok tad

lepas siap korang jahit renda tu...korang jahit zip pula....okay....ikut je kain tu....best wooo guna mesin singer heavy duty ni..... singer punya brand...harga pun best mampu milik korang...

jahit zip ikut langkah macam ni ye....



tadaa da siap pun pouch ni!!! korang bole letak tali or pape pun cth mcm renda dan lain2 ikut kreativiti....
okay korang bole letak barang2 kosmetik korang dah...


okey jimat kan...so da dapat sebuah beg dengan standard beg harga kat memory lane.....mahal tau....so buat sendiri lebih puas hati...dan sangat2 menjimatkan....korang bole cuba ya.....
okay selamat menjahit.....

ini beg saya yg telah siap......



beg yang telah siap...semua orang punya....zaasss nak jahit lagi...hik2


sekian terima kasih.....jumpa di next entry bella.... bubye2
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Bellaannrose Designed by azhafizah.com